Sunday, 22 January 2017

KONSEP AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM(DUA 6022)
MUHAMMAD FIRDAUS BIN JOHARI [02DTK14F1126]
MUHAMMAD ALIFF BIN SHAARI [02DT14F1112]
SHAHRUL ASYRAF BIN AYUB [ 02DTK14F1116]
AMAL RIYAZI BIN ABD KADIR [02DTK14F1124]

AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH SETEMPAT .


Image result for semangat kejiranan

Didalam kehidupan bermasyarakat, kita tidak terlepas daripada mempunyai semangat kejiranan. Peribahasa Melayu juga ada menyebut ‘Ibarat aur dengan tebing’, peribahasa tersebut dapat menggambarkan betapa rapat dan utuhnya silaturahim didalam kehidupan bermasyarakat. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, semangat membawa maksud perasaan hati atau perasaan manakala jiran pula membawa maksud orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang tetangga.

            Jiran ialah orang yang paling hampir dengan kita selain daripada keluarga kita sendiri. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita sekiranya kita berada didalam kesusahan.  Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa ‘ Jiran sepakat membawa berkat’. Jadi kita perlulah membangkitkan semula semangat kejiranan yang semakin tipis dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya masyarakat kota supaya kita lebih bersatu hati.

Jenis Atau Pembahagian Jiran

 Jenis-Jenis Jiran

Kejiranan amat penting didalam pembentukkan tamadun Islam selepas pembentukan sahsiah individu dan keluarga. Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa kemudaratan. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menggangu pengamalan mereka seperti orang-orang beragama Hindu akan meletakkan tokong mereka diluar rumah, maka hormatilah kerana selagi ia tidak membawa bahaya. Didalam agama Islam, jiran dibahagikan kepada tiga kategori dan haknya yang tersendiri. Ia terdiri daripada;

1      Jiran Sesama Muslim Yang Mempunyai Hubungan Persaudaraan
Jiran sesama muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan ialah saudara terdekat kita, oleh itu, jika kita mempunyai jiran jenis yang pertama ini, mereka berhak mendapat layanan sebagai seorang muslim, kerabat serta sebagai seorang jiran.

2    Jiran Muslim Yang Tidak Mempunyai Hubungan Persaudaraan
Walaupun mereka bukan terdiri daripada darah daging kita atau suadara kira, tetapi kita perlulah menghormati mereka dan sentiasa bersikap baik kerana mereka mempunyai hak sebagai seorang muslim dan sebagai seorang jiran.

3      Jiran Bukan Islam
Jiran yang bukan beragama Islam, tidak boleh diangga sebagai musuh. Hal ini kerana mereka tetap mempunyai hak sebagai seorang jiran. Oleh itu kita masih perlu menghormati mereka  dan tidak menyakitki mereka seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W;

 “ Barang siapa yang menyakiti orang asing, bererti dia menyakiti diriku, dan barang siapa yang menyakiti aku bererti dia menyakiti Allah.”


Adab Berjiran Menurut Islam

Dewasa ini, kesibukkan mengejar kemewahan membuatkan antara kita tidak mengamalkan semangat kejiranan dan tidak sempat untuk bertegur sapa sesama jiran. Hal ini akan membuatkan perhubungan sesama ahli masyarakat menjadi hambar. Selain itu, kegagalan sesetengah individu memahami konsep kejiranan dengan baik juga akan membuatkan berlakunya perselisihan faham dan akan mewujudkan perhubungan yang nagetif. Keadaan ini pasti akan merosakkan perpaduan dan membangkitkan pemusuhan di kalangan masyarakat

            Kepentingan adab berjiran amat penting dan dititikberatkan didalam agama Islam. Adab atau ikhlas bermaksud segala sikap, budi, pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat. Islam ada menggariskan beberapa adab yang perlu dipatuhi didalam kehidupan berjiran. Antara yang paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama jiran. Hal ini kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia menggambarkan apa yang ada didalam kotak fikirannya serta perangainya. Bagi setiap muslim, semasa bersosial perlu mengelak membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah.

“Daripada kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak bermakna baginya.”
 (Hadith Riwayat at-Tarmizi)

            Adab bersosial mengikut perspektif Islam amat menekankan fungsi lidah kerana lidah akan menghasilkan perbicaraan dan akan menentukan samada individu tersebut berbicara tentang perkara yang baik atau tidak. Dengan itu, semangat kejiranan dapat dipupuk sedikit demi sedikit apabila ahli masyarakat saling horamat menghormati dengan menjaga adab percakapan atau bersosial. Allah S.W.T telah berfirman didalam surah al-Muknin ayat 1-3 yang bermaksud,

‘Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yng menjauhi daripada perbicaraan yang tidak berguna.’

Selain itu, Islam juga menggariskan panduan kepada setiap muslim untuk sentiasa memulikan jiran. Antaranya memuliakna jiran ialah sentiasa menghormati jiran dan sentiasa berbaik sangka sesama jiran. Hormat menghormati disini membawa erti mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat dan takzim. Manakala berbaik sangka ialah sentiasa berfikiran fositif kepada jiran tetangga.


Hadith diatas membuktikan bahawa betapa pentingnya sikap hormat menghormati dan berbuat baik terhadap jiran tetangga kerana jiran juga mempunyai hak terhadap kita yang menjadi jirannya. Menghormati hak mereka sebagai jiran bukan sahaja mengelak daripada berbicara yang tidak berfaedah yang mana akan menyakiti diri mereka, malahan hendaklah bersabar atas kelakuan yang tidak sesuai. Jiran yang baik tidak akan mendiamkan diri malah akan menegur secara baik dan toleransi. Semangat kejiranan akan dapat dipupuk dengan baik jika perhubungan dua hala antara sesama jiran berjalan dengan baik.

Jiran tetangga merupakan satu golongan yang mendapat perhatian yang penting didalam setiap institusi masyarakat. Dengan adab yang baik yang ditonjolkan didalam setiap ahli masyarakat didalam kawasan kejirananan adalah asas kepada keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat


Faktor-Faktor Semangat Kejiranan Kian Pupus

         Dewasa ini, semangat kejiranan kian pupus dalam kalangan masyarakat kita, mereka seperti tidak mementingkan semangat kejiranan bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing yang membawa maksud mementingkan diri sendiri dan tidak muafakat. Peribahasa ini sesuai untuk menggambarkan sikap masyarakat kita pada masa kini. Tidak dapat kita nafikan bahawa sememangnya sesetengah masyarakat kita masa kini boleh disifatkan sebagai enau dalam pepatah tersebut kerana mementingkan diri sendiri dan lebih bersikap individualistik.

        Nyahtijahnya, kita lebih suka menyendiri dan mengabaikan semangat kejirana dimana pada suatu ketika dahulu, semangat ini menjadi sesuatu yang menjadi teras masyarakat kita. Keakraban sesama ahli masyarakat boleh diibaratkan ‘cubit paha kiri, paha kanan terasa.’ Oleh hal yang demikian, kita perlu meneliti semual faktor-faktor yang telah menyebabkan perubahan sikap masyarakat kita sekarang.  Faktor pertama yang mungkin menjadi punca mengapa semangat kejiranan makin tidak diamalkan oleh masyarakat pada masa kini ialah faktor pendidikan.

       Menurut Dr Affizal Ahamd didalam jurnalnya yang bertajuk Kepentingan Pendidikan Dalam Kualiti Hidup Sejahtera menyatakan, pendidikan ialah salah satu impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Menurut beliau lagi, pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang diterima.

Oleh itu, perkaitan yang dapat kita lihat ialah, apabila seseorang individu tersebut mempunyai pendidikan yang sempurna dan tinggi, beliau akan mempunyai jawatan atau pangkat yang tinggi didalam pekerjaan dan ia besar kemungkinan akan mengubah perspektif individu tersebut terhadap kehidupan bermasyarakat.Perspektif disini membawa maksud pandangan atau tanggapan. Dengan jawatan dan pangkat tinggi yang mereka peroleh, mereka akan berasa mereka dapat berdikari dan tidak lagi memerlukan orang lain termasuklah jiran tertangga. Mereka hanya mementingkan hak individu mereka tanpa menghiraukan tanggungjawab mereka terhada kebajikan masyarakat sabagai salah seorang daripada ahli masyarakat itu sendiri.

            Selain itu, faktor teknologi atau media massa juga membuatkan masyarakat kian melupakan betapa pentingnya semngat kejiranan. Teknologi merupakan satu perkara yang paling penting pada era ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, teknologi bererti aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain. Ia juga telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kita kurang mengamalkann semangat kejiranan.

             Teknologi juga telah menjadi satu faktor yang menyebabkan kita kurang mengiraukan semangat kejiranan. Hal ini kerana, dengan perkembangan teknologi yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara langsung mahupun tidak langsung dengan ahli-ahli masyarakat yang lain. Melalui penggunaan telefon, faksimili, dan internet, kita tidak lagi perlu bertemu secara berseorangan untuk berhubung. Ekoran dengan itu, kita akan menjadi hilang kemahiran untuk berkomunikasi dan bersikap ramah-tamah didalam pergaulan. Sebaliknya kita hanya akan menjadi seperti kera sumbang dan hanya mampu berinteraksi dengan orang lain melalui teknologi.

            Jelaslah bahawa semangat kejiranan akan pudar kerana semangat ini tidak dapat dipupuk jika ahli-ahli masyarakat di setiap kawasan kejiranan tidak boleh berhubung dan berinteraksi sesama satu dengan yang lain. Struktur perumahan yang moden hasil daripada teknologi juga menyukarkan proses penanaman semangat kejiranan dikalangan masyarakat kita. Kebanyakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan tembok yang tinggi dan pagar-pagar.

            Hal ini berbeza dengan rumah-rumah  dikampung yang tidak mempunyai sempadan untuk membezakan rumah satu jiran denagn jiran yang lain. Oleh itu disini dapat disimpulkan bahawa, teknologi juga menjadi salah satu punca berlakunya perpecahan dalam masyarakat dan kian pupusnya semangat kejiranan terutamanya penduduk dikawasan bandar dan kawasan yang sedang membangun.

Kesan-Kesan Tidak Mengamalkan Semangat Kejiranan

Semangat kejiranan yang semakin pupus merupakan satu perkara yang amat membimbangkan dewasa ini. Mungkin ada yang terlepas pandang terhadap kesan-kesan yang akan berlaku jika semangat ini dibiarkan terus lenyap dalam jiwa setiap ahli masyarakat. Terdapat beberapa kesan yang akan terjadi jika seluruh masyarakat tidak mengamalkan semangat kejiranan. Disini kita dapat bahagikan kepada tiga kesan iaitu kesan keatas individu, masyarakat dan negara.

            Semangat kejiranan yang semakin hilang akan melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri atau dengan kata lain individulisme. Ini akan memburukkan lagi keadaan apabila berlaku kecemasan dan memerlukan pertolongan orang lain. Contohnya salah seorang ahli keluarga sakit dan memerlukan kenderaan dengan segera. Tanpa jiran, siapa lagi yang kita mahu meminta pertolongan dengan keadaan yang segera. Disini jelaslah bahawa semangat kejiranan amat penting untuk terus dipupuk dan diamalkan.

Selain itu, ia juga memberi impak yang secara langsung mahupun tidak langsung kepada masyarakat dimana akan wujudnya pelbagai gejala sosial. Dewasa ini, ramai remaja menghabiskan usia remaja mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan yang merugikan diri mereka sendiri. Antara perkara atau aktiviti yang tidak berfaedah itu ialah melepak, merempit, vandalism pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan lain-lain lagi.

Hal ini kerana tiada pihak yang akan memantau kawasan perumahan atau kawasan-kawasan tertentu kerana masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Selian itu mereka juga menggunakkan istilah tidak menjaga tepi kain orang lain membuatkan mereka tidak menghiraukan masalah gejala sosial yang kini kian merunsing. Selain itu, masalah kecurian juga akan terus berlaku. Antara punca ialah tidak pihak yang akan bertugas sebagai pemantau seperti yang dilakukan didalam progem rukun tetangga.

Kesan yang terakhir ialah kepada negara. Salah satu kesan terhadap negara ialah negara tidak akan aman dan harmoni kerana masyarakat lebih mementinghkn diri sendiri. Keharmonian sesebuah negara akan membantu sesebuah negara itu meningkat maju. Keharmonia negara amat penting untuk mengekalkan keamanan dan kewujudan sebuah negara bangsa yang berjaya. Ia juga akan menarik minat pelabur asing dan pelancong untuk datang melawat serta melancong ke negara ini kerana keamanan yang Malaysia perolehi.

Masalah sosial juga akan menyebabkan masa depan negara menjadi kabur. Remaja merupakan eset negara yang paling penting dimana pada masa akan datang, remaja sekaranglah yang akan menjadi pemimpin.

 Langkah-Langkah Menghidupkan Semula Semangat Kejiranan

Hakikat ini amat membimbangkan kerana semangat kejiranan yakni semangat yang dipunyai oleh ahli-ahli masyrakat untuk menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat untuk manjaga kebajikan dan kepentingan anggota masyarakat yang lain amatlah diperlukan. Ia bertujuan untuk menjamin perpaduan masyarakat. Pelbagai langkah yang dapat kita laksanakan untuk membendung masalah ini terus melular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Disini kita dapat lihat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi membendung masalah ini.

Langkah pertama untuk mewujudkan semangat kejirana ialah dengan menghidupkan semula konsep rukun tetangga. Rukun tetangga membawa maksud pembahagian wilayah dan dipimpin oleh ketua yang telah dipilih oleh warganya. Program rukun tetangga ialah satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Ia hampir sama dengan program Neighbourhood Wacth yang diamalkan di United Kingdom.

Di Malaysia, Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah berjaga-jaga diamana ia memerlukan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan kejiranan akan menjamin kesejahteraan sesebuah negara. Dengan menghidupkan semula semangat rukun tetangga ini, secara automatiknya semangat kejiranan akan dapat ditaman didalam setiap masyarakat didalam kawasan kejiranan.

 Hal ini kerana, rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamat kawasan perumahan terutamanya pada malam hari. Menurut Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kanuk, Datuk Nilwan Kabang berkata selepas majlis penutup Majlis Karnival Sukan Rukun Tetangga peringkat daerah Kanuk, “ Dibawah kawasan rukun tetangga, skim rondaan sukarela berfungsi membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial, memberi pelindungan kepada nyawa dan harta benda serta memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera melalui penglibatan masyarakat kampung itu sendiri,”

Oleh itu, disini dapat kita lihat bahawa melalu konsep rukun tetangga semangat kejiranan dapat dipupuk kerana ia membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum dimana ia secara tidak langsung mampu melahirkan kerjasama sesame ahli masyarakat ketika melakukan rondaan bersama ibarat kata pepatah yang berbunyai berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pepatah itu benar-benar menggambarkan kerjasama yang erat sesama ahli masyarakat.

Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk melalui mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, majlis membawa erti persidangan atau perjumpaan. Dalam kata lain, majlis bercorak setempat bererti aktiviti yang akan melibatkan seluruh masyarakat didalam sesuatu kawasan seperti hari keluarga atau majlis perkahwinan. Dimajlis ini, jiran tetangga yang datang bertemu dan beramah mesra, saling bertanya khabar ibarat sambil menyelam, minum air. Ia secara tidak langsung pertemuan ini akan menjalingkan kemesraan .

Antara contoh yang paling terdekat yang dapat kita ambil ialah majlis perkahwinan. Banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama dan sekaligus dapat memupuk semangat kejiranan dalam ahli masyarakat. Contohnya merewang untuk menyediakan makanan. Proses penyediaan makanan akan memerlukan kerjasama dan kemuafakatan atau kesepakatan. Kejersama amat penting ketika proses pemyediaan makanan ini atau merewang.

Selaini itu, langkah-langkah yang mungkin dapat meningkatkan semangat kejiranan adalah dengan menggunakan saluran media massa yang akan menyiarkan kempen kesedaran kejiranan. Menurut Cangara 2002, media massa adalah alat yang digunakan dalam menyampaikan pesanan-pesanan dari sesuatu sumber kepada khalayak dengan menggunakan alat-alat komunikasi mekanis seperti surat khabar , filem, radio dan televisyen. Oleh itu, ia jelas menggambarkan bahawa media massa memainkan peranan penting sebagai satu alat interaksi sosial dalam masyarakat terutamanya sebagai alat pengatara.

“Tanpa media massa, interaksi sosial, politik dan ekonomi tidak akan wujud mengikut ukuran moden. Media massa menjadi penghubung dan menyatukan pada system yang wujud didalam sesebuah negara. Selain itu, proses interaksi antara media dengan masyarakat sentiasa saling mempengaruhi.”

(Datuk Zakaria Edris, Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah)

            Media massa perlu menyiarkan maklumat-maklumat yang positif dimana ia dapat menigkatkan semangat kejiranan serta kemuafakatan sesama ahli masyarakat. Seperti yang kita ketahui bahawa media massa merupakan satu medium yang paling mudah masyarakat terpengaruh terutamanya golongan kanak-kanak serta remaja. Langkah kerajaan menggunakan saluran media massa untuk menyiarkan kempen kesedaran kejiranan merupakan pemangkin kepada keteguhan semangat kejiranan.

            Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Secara tidak langsung, kempen yang disiarkan dapat mencelik mereka yang tidur agar bangkit menjadi nadi kepada usaha kejiranan. Bak kata punjangga, langkah pertama merupakan langkah penentu kejayaan sesuatu matlamat yang ingin dicapai.

Langkah yang terakhir ialah dengan system pendidikan disekolah atau mana-mana institusi pelajaran. Ia Melalui Matapelajaran Tertentu Seperti Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral ataupun melalui penyerapan dalam matapelajaran lain. Melalui kaedah ini, semangat kejiranan dapat dipupuk dikalangan kanak-kanak lagi ibarat peribahasa “meluntar buluh biarlah dari rebungnya.”


Tuntasnya, jiran membawa erti orang-orang yang tinggal berdekatan atau berhampiran dengan rumah kita. Semangar kejiranan amat penting didalam kehidupan bermasyarakat. Ternyata semangat yang kias pupus ini amat penting untuk terus diamalkan kerana pelbagai kesan buruk yang akan terhasil jika masyarakat masih belum sedar tentang kepentingan semangat kejiranan ini. Pelbagai langkah dan anisiatif yang boleh dilaksanankan untuk mewujudkan semual suasana yang positif ini.

Sekiranya pencegahan tidak dilaksanakan bagi membendung gejala ini akan menyebabkan kepincangan dan kerosakan dalam kalangan masyarakat kita terutamanya dan negara amnya. Ibarat kata pepatah, ‘ Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.’ Pepatah ini jelas mengajak seluruh masyarak bersama-sama berusaha dan berganding bahu dalam memastikan semangat kejirana tidak akan pupus dan terus diamalkan sehingga masa hadapan.
Selain itu, peranan jiran juga amat penting untuk menetukan kemakmuran dan kesejahteraan seseduah negara. Impian untuk mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksanan sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu. Kekuatan perhubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni akan mengukuhkan ikatan kasih sayang sesama jiran. Kehidupan yang baik ialah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan. Ibarat kata pepatah, “Jiran Sepakat Membawa Berkat.”



Allah swt menyebut di dalam Al-Qur’an :

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ

“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).


Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu dalam usaha untuk memupuk semangat kejiranan di antara rakyat demi mencapai perpaduan kaum. Bak kata pepatah, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Kita sebagai rakyat Malaysia, kita juga  haruslah menghargai keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh semua rakyat dan perlu berusaha dan menyumbangkan tenaga untuk mengukuhkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum negara kita. Diharapkan semua lapisan masyarakat akan memikul tanggungjawab untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi perpaduan di negara Malaysia.