KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM(DUA 6022)
MUHAMMAD FIRDAUS BIN JOHARI [02DTK14F1126]
MUHAMMAD ALIFF BIN SHAARI [02DT14F1112]
SHAHRUL ASYRAF BIN AYUB [ 02DTK14F1116]
AMAL RIYAZI BIN ABD KADIR [02DTK14F1124]
AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH SETEMPAT .
Didalam kehidupan bermasyarakat, kita tidak terlepas
daripada mempunyai semangat kejiranan. Peribahasa Melayu juga ada menyebut
‘Ibarat aur dengan tebing’, peribahasa tersebut dapat menggambarkan betapa
rapat dan utuhnya silaturahim didalam kehidupan bermasyarakat. Menurut Kamus
Dewan Edisi Ketiga, semangat membawa maksud perasaan hati atau perasaan
manakala jiran pula membawa maksud orang yang tinggal berhampiran dengan rumah
seseorang tetangga.
Jiran
ialah orang yang paling hampir dengan kita selain daripada keluarga kita
sendiri. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita
dan orang yang akan membantu kita sekiranya kita berada didalam kesusahan. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa ‘ Jiran
sepakat membawa berkat’. Jadi kita perlulah membangkitkan semula semangat
kejiranan yang semakin tipis dalam kalangan masyarakat kita hari ini
terutamanya masyarakat kota supaya kita lebih bersatu hati.
Jenis Atau Pembahagian Jiran
Jenis-Jenis Jiran
Kejiranan amat penting didalam pembentukkan tamadun Islam
selepas pembentukan sahsiah individu dan keluarga. Menghormati jiran dan
pengamalan mereka selagimana tidak membawa kemudaratan. Sekalipun jiran
tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menggangu pengamalan
mereka seperti orang-orang beragama Hindu akan meletakkan tokong mereka diluar
rumah, maka hormatilah kerana selagi ia tidak membawa bahaya. Didalam agama
Islam, jiran dibahagikan kepada tiga kategori dan haknya yang tersendiri. Ia
terdiri daripada;
1 Jiran Sesama Muslim Yang Mempunyai Hubungan
Persaudaraan
Jiran sesama muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan
ialah saudara terdekat kita, oleh itu, jika kita mempunyai jiran jenis yang
pertama ini, mereka berhak mendapat layanan sebagai seorang muslim, kerabat
serta sebagai seorang jiran.
2 Jiran Muslim Yang
Tidak Mempunyai Hubungan Persaudaraan
Walaupun mereka bukan terdiri daripada darah daging kita
atau suadara kira, tetapi kita perlulah menghormati mereka dan sentiasa
bersikap baik kerana mereka mempunyai hak sebagai seorang muslim dan sebagai
seorang jiran.
3 Jiran Bukan
Islam
Jiran yang bukan beragama Islam, tidak boleh diangga sebagai
musuh. Hal ini kerana mereka tetap mempunyai hak sebagai seorang jiran. Oleh
itu kita masih perlu menghormati mereka
dan tidak menyakitki mereka seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W;
“ Barang siapa yang
menyakiti orang asing, bererti dia menyakiti diriku, dan barang siapa yang
menyakiti aku bererti dia menyakiti Allah.”
Adab Berjiran Menurut Islam
Dewasa ini, kesibukkan mengejar kemewahan membuatkan antara
kita tidak mengamalkan semangat kejiranan dan tidak sempat untuk bertegur sapa
sesama jiran. Hal ini akan membuatkan perhubungan sesama ahli masyarakat
menjadi hambar. Selain itu, kegagalan sesetengah individu memahami konsep
kejiranan dengan baik juga akan membuatkan berlakunya perselisihan faham dan
akan mewujudkan perhubungan yang nagetif. Keadaan ini pasti akan merosakkan
perpaduan dan membangkitkan pemusuhan di kalangan masyarakat
Kepentingan
adab berjiran amat penting dan dititikberatkan didalam agama Islam. Adab atau
ikhlas bermaksud segala sikap, budi, pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat.
Islam ada menggariskan beberapa adab yang perlu dipatuhi didalam kehidupan
berjiran. Antara yang paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama jiran.
Hal ini kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia menggambarkan
apa yang ada didalam kotak fikirannya serta perangainya. Bagi setiap muslim,
semasa bersosial perlu mengelak membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah.
“Daripada kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan apa
yang tidak bermakna baginya.”
(Hadith Riwayat
at-Tarmizi)
Adab
bersosial mengikut perspektif Islam amat menekankan fungsi lidah kerana lidah
akan menghasilkan perbicaraan dan akan menentukan samada individu tersebut
berbicara tentang perkara yang baik atau tidak. Dengan itu, semangat kejiranan
dapat dipupuk sedikit demi sedikit apabila ahli masyarakat saling horamat
menghormati dengan menjaga adab percakapan atau bersosial. Allah S.W.T telah
berfirman didalam surah al-Muknin ayat 1-3 yang bermaksud,
‘Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang
yang khusyuk dalam solatnya, orang yng menjauhi daripada perbicaraan yang tidak
berguna.’
Selain itu, Islam juga menggariskan panduan kepada setiap
muslim untuk sentiasa memulikan jiran. Antaranya memuliakna jiran ialah
sentiasa menghormati jiran dan sentiasa berbaik sangka sesama jiran. Hormat
menghormati disini membawa erti mempunyai pandangan yang tinggi terhadap
seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat dan takzim.
Manakala berbaik sangka ialah sentiasa berfikiran fositif kepada jiran
tetangga.
Hadith diatas membuktikan bahawa betapa pentingnya sikap
hormat menghormati dan berbuat baik terhadap jiran tetangga kerana jiran juga
mempunyai hak terhadap kita yang menjadi jirannya. Menghormati hak mereka
sebagai jiran bukan sahaja mengelak daripada berbicara yang tidak berfaedah
yang mana akan menyakiti diri mereka, malahan hendaklah bersabar atas kelakuan
yang tidak sesuai. Jiran yang baik tidak akan mendiamkan diri malah akan
menegur secara baik dan toleransi. Semangat kejiranan akan dapat dipupuk dengan
baik jika perhubungan dua hala antara sesama jiran berjalan dengan baik.
Jiran tetangga merupakan satu golongan yang mendapat
perhatian yang penting didalam setiap institusi masyarakat. Dengan adab yang
baik yang ditonjolkan didalam setiap ahli masyarakat didalam kawasan
kejirananan adalah asas kepada keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah
masyarakat
Faktor-Faktor Semangat Kejiranan Kian Pupus
Dewasa ini, semangat kejiranan kian pupus dalam kalangan
masyarakat kita, mereka seperti tidak mementingkan semangat kejiranan bagai
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing yang membawa maksud
mementingkan diri sendiri dan tidak muafakat. Peribahasa ini sesuai untuk
menggambarkan sikap masyarakat kita pada masa kini. Tidak dapat kita nafikan
bahawa sememangnya sesetengah masyarakat kita masa kini boleh disifatkan
sebagai enau dalam pepatah tersebut kerana mementingkan diri sendiri dan lebih
bersikap individualistik.
Nyahtijahnya, kita lebih suka menyendiri dan mengabaikan
semangat kejirana dimana pada suatu ketika dahulu, semangat ini menjadi sesuatu
yang menjadi teras masyarakat kita. Keakraban sesama ahli masyarakat boleh
diibaratkan ‘cubit paha kiri, paha kanan terasa.’ Oleh hal yang demikian, kita
perlu meneliti semual faktor-faktor yang telah menyebabkan perubahan sikap
masyarakat kita sekarang. Faktor pertama
yang mungkin menjadi punca mengapa semangat kejiranan makin tidak diamalkan
oleh masyarakat pada masa kini ialah faktor pendidikan.
Menurut Dr Affizal Ahamd didalam jurnalnya yang bertajuk
Kepentingan Pendidikan Dalam Kualiti Hidup Sejahtera menyatakan, pendidikan
ialah salah satu impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia
untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Menurut beliau lagi,
pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup
yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan
yang diterima.
Oleh itu, perkaitan yang dapat kita lihat ialah, apabila
seseorang individu tersebut mempunyai pendidikan yang sempurna dan tinggi,
beliau akan mempunyai jawatan atau pangkat yang tinggi didalam pekerjaan dan ia
besar kemungkinan akan mengubah perspektif individu tersebut terhadap kehidupan
bermasyarakat.Perspektif disini membawa maksud pandangan atau tanggapan. Dengan
jawatan dan pangkat tinggi yang mereka peroleh, mereka akan berasa mereka dapat
berdikari dan tidak lagi memerlukan orang lain termasuklah jiran tertangga.
Mereka hanya mementingkan hak individu mereka tanpa menghiraukan tanggungjawab
mereka terhada kebajikan masyarakat sabagai salah seorang daripada ahli
masyarakat itu sendiri.
Selain
itu, faktor teknologi atau media massa juga membuatkan masyarakat kian
melupakan betapa pentingnya semngat kejiranan. Teknologi merupakan satu perkara
yang paling penting pada era ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, teknologi bererti
aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis
dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain. Ia juga telah
menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kita kurang mengamalkann semangat
kejiranan.
Teknologi juga telah menjadi satu
faktor yang menyebabkan kita kurang mengiraukan semangat kejiranan. Hal ini
kerana, dengan perkembangan teknologi yang canggih, kita semakin kurang
berinteraksi secara langsung mahupun tidak langsung dengan ahli-ahli masyarakat
yang lain. Melalui penggunaan telefon, faksimili, dan internet, kita tidak lagi
perlu bertemu secara berseorangan untuk berhubung. Ekoran dengan itu, kita akan
menjadi hilang kemahiran untuk berkomunikasi dan bersikap ramah-tamah didalam
pergaulan. Sebaliknya kita hanya akan menjadi seperti kera sumbang dan hanya
mampu berinteraksi dengan orang lain melalui teknologi.
Jelaslah
bahawa semangat kejiranan akan pudar kerana semangat ini tidak dapat dipupuk
jika ahli-ahli masyarakat di setiap kawasan kejiranan tidak boleh berhubung dan
berinteraksi sesama satu dengan yang lain. Struktur perumahan yang moden hasil
daripada teknologi juga menyukarkan proses penanaman semangat kejiranan
dikalangan masyarakat kita. Kebanyakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan
tembok yang tinggi dan pagar-pagar.
Hal ini
berbeza dengan rumah-rumah dikampung
yang tidak mempunyai sempadan untuk membezakan rumah satu jiran denagn jiran
yang lain. Oleh itu disini dapat disimpulkan bahawa, teknologi juga menjadi
salah satu punca berlakunya perpecahan dalam masyarakat dan kian pupusnya
semangat kejiranan terutamanya penduduk dikawasan bandar dan kawasan yang
sedang membangun.
Kesan-Kesan Tidak Mengamalkan Semangat Kejiranan
Semangat kejiranan yang semakin pupus merupakan satu perkara
yang amat membimbangkan dewasa ini. Mungkin ada yang terlepas pandang terhadap
kesan-kesan yang akan berlaku jika semangat ini dibiarkan terus lenyap dalam
jiwa setiap ahli masyarakat. Terdapat beberapa kesan yang akan terjadi jika
seluruh masyarakat tidak mengamalkan semangat kejiranan. Disini kita dapat
bahagikan kepada tiga kesan iaitu kesan keatas individu, masyarakat dan negara.
Semangat
kejiranan yang semakin hilang akan melahirkan individu yang mementingkan diri
sendiri atau dengan kata lain individulisme. Ini akan memburukkan lagi keadaan
apabila berlaku kecemasan dan memerlukan pertolongan orang lain. Contohnya
salah seorang ahli keluarga sakit dan memerlukan kenderaan dengan segera. Tanpa
jiran, siapa lagi yang kita mahu meminta pertolongan dengan keadaan yang
segera. Disini jelaslah bahawa semangat kejiranan amat penting untuk terus
dipupuk dan diamalkan.
Selain itu, ia juga memberi impak yang secara langsung
mahupun tidak langsung kepada masyarakat dimana akan wujudnya pelbagai gejala
sosial. Dewasa ini, ramai remaja menghabiskan usia remaja mereka dengan
perkara-perkara yang tidak berfaedah dan yang merugikan diri mereka sendiri.
Antara perkara atau aktiviti yang tidak berfaedah itu ialah melepak, merempit,
vandalism pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan lain-lain lagi.
Hal ini kerana tiada pihak yang akan memantau kawasan
perumahan atau kawasan-kawasan tertentu kerana masing-masing sibuk dengan
urusan masing-masing. Selian itu mereka juga menggunakkan istilah tidak menjaga
tepi kain orang lain membuatkan mereka tidak menghiraukan masalah gejala sosial
yang kini kian merunsing. Selain itu, masalah kecurian juga akan terus berlaku.
Antara punca ialah tidak pihak yang akan bertugas sebagai pemantau seperti yang
dilakukan didalam progem rukun tetangga.
Kesan yang terakhir ialah kepada negara. Salah satu kesan
terhadap negara ialah negara tidak akan aman dan harmoni kerana masyarakat
lebih mementinghkn diri sendiri. Keharmonian sesebuah negara akan membantu
sesebuah negara itu meningkat maju. Keharmonia negara amat penting untuk
mengekalkan keamanan dan kewujudan sebuah negara bangsa yang berjaya. Ia juga
akan menarik minat pelabur asing dan pelancong untuk datang melawat serta
melancong ke negara ini kerana keamanan yang Malaysia perolehi.
Masalah sosial juga akan menyebabkan masa depan negara
menjadi kabur. Remaja merupakan eset negara yang paling penting dimana pada
masa akan datang, remaja sekaranglah yang akan menjadi pemimpin.
Langkah-Langkah
Menghidupkan Semula Semangat Kejiranan
Hakikat ini amat membimbangkan kerana semangat kejiranan
yakni semangat yang dipunyai oleh ahli-ahli masyrakat untuk menjaga kebajikan
dan kepentingan masyarakat untuk manjaga kebajikan dan kepentingan anggota
masyarakat yang lain amatlah diperlukan. Ia bertujuan untuk menjamin perpaduan
masyarakat. Pelbagai langkah yang dapat kita laksanakan untuk membendung
masalah ini terus melular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Disini kita dapat
lihat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi membendung masalah ini.
Langkah pertama untuk mewujudkan semangat kejirana ialah
dengan menghidupkan semula konsep rukun tetangga. Rukun tetangga membawa maksud
pembahagian wilayah dan dipimpin oleh ketua yang telah dipilih oleh warganya.
Program rukun tetangga ialah satu program sukarela yang bertujuan untuk
membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Ia hampir sama
dengan program Neighbourhood Wacth yang diamalkan di United Kingdom.
Di Malaysia, Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada
tahun 1975 sebagai satu langkah berjaga-jaga diamana ia memerlukan rakyat
sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini
kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah
bahawa kesejahteraan kawasan kejiranan akan menjamin kesejahteraan sesebuah
negara. Dengan menghidupkan semula semangat rukun tetangga ini, secara
automatiknya semangat kejiranan akan dapat ditaman didalam setiap masyarakat
didalam kawasan kejiranan.
Hal ini kerana, rukun
tetangga berfungsi untuk mengawal keselamat kawasan perumahan terutamanya pada
malam hari. Menurut Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kanuk, Datuk Nilwan Kabang
berkata selepas majlis penutup Majlis Karnival Sukan Rukun Tetangga peringkat
daerah Kanuk, “ Dibawah kawasan rukun tetangga, skim rondaan sukarela berfungsi
membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial, memberi pelindungan
kepada nyawa dan harta benda serta memulihkan keadaan setempat agar menjadi
aman dan sejahtera melalui penglibatan masyarakat kampung itu sendiri,”
Oleh itu, disini dapat kita lihat bahawa melalu konsep rukun
tetangga semangat kejiranan dapat dipupuk kerana ia membabitkan semua pihak
tanpa mengira kaum dimana ia secara tidak langsung mampu melahirkan kerjasama
sesame ahli masyarakat ketika melakukan rondaan bersama ibarat kata pepatah
yang berbunyai berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pepatah itu
benar-benar menggambarkan kerjasama yang erat sesama ahli masyarakat.
Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk melalui
mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga, majlis membawa erti persidangan atau perjumpaan. Dalam kata lain,
majlis bercorak setempat bererti aktiviti yang akan melibatkan seluruh
masyarakat didalam sesuatu kawasan seperti hari keluarga atau majlis
perkahwinan. Dimajlis ini, jiran tetangga yang datang bertemu dan beramah
mesra, saling bertanya khabar ibarat sambil menyelam, minum air. Ia secara
tidak langsung pertemuan ini akan menjalingkan kemesraan .
Antara contoh yang paling terdekat yang dapat kita ambil
ialah majlis perkahwinan. Banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama dan
sekaligus dapat memupuk semangat kejiranan dalam ahli masyarakat. Contohnya
merewang untuk menyediakan makanan. Proses penyediaan makanan akan memerlukan
kerjasama dan kemuafakatan atau kesepakatan. Kejersama amat penting ketika
proses pemyediaan makanan ini atau merewang.
Selaini itu, langkah-langkah yang mungkin dapat meningkatkan
semangat kejiranan adalah dengan menggunakan saluran media massa yang akan
menyiarkan kempen kesedaran kejiranan. Menurut Cangara 2002, media massa adalah
alat yang digunakan dalam menyampaikan pesanan-pesanan dari sesuatu sumber
kepada khalayak dengan menggunakan alat-alat komunikasi mekanis seperti surat
khabar , filem, radio dan televisyen. Oleh itu, ia jelas menggambarkan bahawa
media massa memainkan peranan penting sebagai satu alat interaksi sosial dalam
masyarakat terutamanya sebagai alat pengatara.
“Tanpa media massa, interaksi sosial, politik dan ekonomi
tidak akan wujud mengikut ukuran moden. Media massa menjadi penghubung dan
menyatukan pada system yang wujud didalam sesebuah negara. Selain itu, proses
interaksi antara media dengan masyarakat sentiasa saling mempengaruhi.”
(Datuk Zakaria Edris, Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri
Sabah)
Media
massa perlu menyiarkan maklumat-maklumat yang positif dimana ia dapat
menigkatkan semangat kejiranan serta kemuafakatan sesama ahli masyarakat.
Seperti yang kita ketahui bahawa media massa merupakan satu medium yang paling mudah
masyarakat terpengaruh terutamanya golongan kanak-kanak serta remaja. Langkah
kerajaan menggunakan saluran media massa untuk menyiarkan kempen kesedaran
kejiranan merupakan pemangkin kepada keteguhan semangat kejiranan.
Penggunaan
media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya
menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Secara tidak langsung, kempen
yang disiarkan dapat mencelik mereka yang tidur agar bangkit menjadi nadi
kepada usaha kejiranan. Bak kata punjangga, langkah pertama merupakan langkah
penentu kejayaan sesuatu matlamat yang ingin dicapai.
Langkah yang terakhir ialah dengan system pendidikan
disekolah atau mana-mana institusi pelajaran. Ia Melalui Matapelajaran Tertentu
Seperti Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral ataupun melalui penyerapan dalam
matapelajaran lain. Melalui kaedah ini, semangat kejiranan dapat dipupuk
dikalangan kanak-kanak lagi ibarat peribahasa “meluntar buluh biarlah dari
rebungnya.”
Tuntasnya, jiran membawa erti orang-orang yang tinggal
berdekatan atau berhampiran dengan rumah kita. Semangar kejiranan amat penting
didalam kehidupan bermasyarakat. Ternyata semangat yang kias pupus ini amat
penting untuk terus diamalkan kerana pelbagai kesan buruk yang akan terhasil
jika masyarakat masih belum sedar tentang kepentingan semangat kejiranan ini.
Pelbagai langkah dan anisiatif yang boleh dilaksanankan untuk mewujudkan semual
suasana yang positif ini.
Sekiranya pencegahan tidak dilaksanakan bagi membendung
gejala ini akan menyebabkan kepincangan dan kerosakan dalam kalangan masyarakat
kita terutamanya dan negara amnya. Ibarat kata pepatah, ‘ Kalau tak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya.’ Pepatah ini jelas mengajak seluruh masyarak
bersama-sama berusaha dan berganding bahu dalam memastikan semangat kejirana
tidak akan pupus dan terus diamalkan sehingga masa hadapan.
Selain itu, peranan jiran juga amat penting untuk menetukan
kemakmuran dan kesejahteraan seseduah negara. Impian untuk mempunyai jiran yang
baik tidak akan terlaksanan sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran
yang baik terlebih dahulu. Kekuatan perhubungan kejiranan yang sempurna dan
harmoni akan mengukuhkan ikatan kasih sayang sesama jiran. Kehidupan yang baik
ialah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan
serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan. Ibarat kata pepatah,
“Jiran Sepakat Membawa Berkat.”
Allah swt menyebut di dalam Al-Qur’an :
وَاعْبُدُوا
اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ
شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى
وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ
الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ
“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan
sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak
yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan
rakan teman..” (An-Nisa : 36).
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu
dalam usaha untuk memupuk semangat kejiranan di antara rakyat demi mencapai
perpaduan kaum. Bak kata pepatah, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.
Kita sebagai rakyat Malaysia, kita juga
haruslah menghargai keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh semua
rakyat dan perlu berusaha dan menyumbangkan tenaga untuk mengukuhkan perpaduan
di antara rakyat berbilang kaum negara kita. Diharapkan semua lapisan
masyarakat akan memikul tanggungjawab untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi
perpaduan di negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment